Kamis, 19 September 2013

HATI SEORANG WANITA

Diposting oleh Unknown di 23.43

Hati Selembut Sutera.
    Para wanita eharusnya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sinar Islam dan ajaran Rasulullah telah memansuhkan kehiduan Jahililah yang meletakkan darjat wanita pada tahap yang paling hina. Bertapa terhina wanita waktu itu apabila anak perempuan dibunuh dan ditanam, wanita dijadikan hamba untuk memuaskan nafsu dan dipandang rendah dalam masyarakat. Namun setelah kedatangan Islam, martabat wanita diangkat ke tempat selayaknya, bukan diletak dibawah untuk dipijak, bukan juga di atas untuk dijunjung, tetapi di tengah-tengah untuk dilindungi, dihargai dan dididik.
    Keistimewaan yang diberikan oleh Islam inilah yang menjadikan seorang wanita berada pada kedudukan yang selayaknya. Hati seorang gadis digambarkan lembut seperti sutera. Mengaa ia lembut seperti sutera??
     Sutera ialah pakaian yang paling halus buatannya dan lembut. Ia merupakan pakaian golongan bangsawan. Oleh sebab itu, tidak semua orang mampu memiliki pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana kehalusan dan harganya yang mahal.
     Begitulah juga diumpamakan dengan hati wanita. Halus, lembut,dan mahal. Tidak semua orang mamu memiliki dan mencalarkannya. Wahai wanita, ingatlah… Kelembutan yang diibaratkan seperti sutera itu bukanlah satu kelemahan bagimu, tetapi satu penghargaan yang perlu dihargai..
    Hati yang halus itu jangan dibiarkan mudah tercemar dengan pelbagai sifat jahat, tetapi siramlah ia dengan akhlak mahmudah, zikrullah dan bacaan kalamuallah..
InsyaAllah…


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya?

0 komentar:

Posting Komentar

 

Belajar Bersama Nia Puspitasari Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review